top of page

   Pusat pengajian ini ditubuhkan  berasaskan kepada kesedaran kewajipan mempelajari, memahami dan mendalami ilmu Agama Islam termasuklah pendidikan al quran. Menitikberatkan kemahiran membaca  dan kemahiran hafazan Al Quran bagi meningkatkan nilai diri, masyarakat dan  ibadah solat khasnya dan ibadah lain amnya.​

    Bagi mencapai matlamat ini, Modul pengajian Al-Quran Neuqra’ dan  Modul Hafazan Neuffaz dibangunkan menggunakan pendekatan pembelajaran VAKS (visual, auditori, kinestetik, spiritual) dan AVIR (auditory & visual intelectual repitition) berasaskan model pembelajaran neurosains.​

   PPHAF mengamalkan kaedah bimbingan Al-Quran Neuqra’ dan kaedah Hafazan Neuffaz kontemporari yang bertoleransi dengan kajian teori tata kerja otak (neurosains) yang menunjukkan bahawa otak bertindak lebih cepat menyerap gelombang informasi baru yang didengar, dilihat, disentuh dan dirasa seterusnya disimpan ke dalam ingatan kekal dengan mudah bila ia mengenali dan memahami konsep dan motivasi sesuatu ilmu yang dipelajari. Ingatan semakin baik bila disampaikan dengan cara dan suasana yang alami dan sesuai dengan fitrah manusia.​

     

  Sebenarnya  telah di didik  dengan cara ini oleh Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W  tercinta lebih 1400 tahun dahulu tetapi perubahan dan tekanan dunia pendidikan sekarang jauh berbeza dan ternyata membebankan minda dan jiwa kita hingga sukar membuat pilihan.

neuqra'.png
ebook neuffaz.png
smartmockups_kifgrz4k.jpg

VISI

MEWUJUDKAN REVOLUSI AHLI AL QURAN.

MEMBANTU MEMUDAHKAN UMAT ISLAM BELAJAR DAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGHAFAZ AL QURAN SUPAYA MUDAH BERAMAL DENGANNYA.

 

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنَ النَّاسِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

“Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi ‘ahli’ Allah”. Para Sahabat Radhiyallahu anhum bertanya, “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka?’ Beliau Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Mereka adalah ahli al-Qur’an, (merekalah) ahli (orang-orang yang dekat dan dicintai) Allah dan diistimewakan di sisi-Nya
 

MISI

​Mengurus, Merancang serta menjalankan program celik Al quran dan Pendidikan Tahfiz Bersepadu. Melaksanakan penyelidikan, penambahbaikan dan pembangunan berterusan bagi mencapai visi selaras dengan perkembang teknologi dan informasi terkini. Menjalin kerjasama dengan badan sealiran dan pelbagai pihak bagi menjayakan program melahirkan generasi Al quran bertakwa dan beramal soleh yang cekal dan ummah yang cintakan Al Quran dan sunnah.

1. MEMUPUK CINTA AL QURAN DI HATI UMAT ISLAM

2. MELAHIRKAN DAI’E HUFFAZ  CEKAL YANG CEMERLANG

3. UMAT ISLAM MUDAH MENGHAFAL AL QURAN 

4. UMAT ISLAM BOLEH MEMBACA AL QURAN DENGAN BAIK

5. PROSES PEMBELAJARAN HAFAZAN MUDAH DAN MENYERONOKKAN.

6. HAFALAN MANTAP DAN BERKUALITI

7. MENCAPAI TAHAP PENGURUSAN, PEMBANGUNAN, PEMANTAUAN DAN        PENILAIAN BERKESAN

bottom of page