top of page

WAQAF PEMBINAAN MAKMAL AUDIO VISUAL

Pengertian  Audio Visual

Audio-visual adalah media yang mempunyai unsur suara dan unsur gambar. Ianya mempunyai kemampuan yang lebih baik, kerana ianya meliputi kedua-dua jenis pancaindera iaitu audio (mendengar) dan visual (melihat). Media Audio-visual merupakan sebuah alat bantu belajar yang terkini dalam pembelajaran al quran dan hafazan terutamanya pada golongan kanak-kanak dan dewasa dan juga untuk golongan yang buta huruf.

headphones_png7643-e1557798297230.png
desktop-computer-download-png-image.png

Hasil daripada penelitian media audiovisual ini memang sudah tidak dapat diragukan lagi kerana ianya benar-benar dapat membantu dalam proses menghafaz dan membaca alquran apabila ianya di adunkan dengan irama dan burdah dalam pembacaan alquran. ianya juga tak ubah seperti sedang menghafal lagu kegemaran mereka tanpa ada gangguan dan ianya bebas tekanan belajar.

Beberapa manfaat alat bantu  audio-visual adalah:​

​

  1. Membantu memberikan pengamatan ayat dengan lebih baik

  2. Meransang minat dan ingin tahu

  3. Meningkatkan daya ingatan dengan lebih baik

  4. Melengkapi sumber belajar yang lain

  5. Menambah variasi kaedah mengajar

  6. Menjimatkan masa

  7. Meningkatkan pengetahuan intelektual

  8. Daya ingatan terhadap nombor ayat dan hafazan kekal lebih lama

​

Anggaran kos bagi menyediakan makmal ini menelan belanja hampir RM300,000.00  termasuk dengan perlatan komputer, multimedia, projektor screen sesentuh dan peralatan lain yang berkaitan dengannya. Sumbangan anda amat kami perlukan untuk sama-sama menjayakan  misi ini. 

Pembayaran melalui cek / kiriman wang / wang pos /  bank draft. Secara Auto debit / pindahan bank online. cek/kiriman wang /wang pos / bank draft hendaklah ditulis atas nama PUSAT PENGAJIAN  & HAFAZAN AL QURAN FURQAN dan di alamatkan kepada:

​​

PUSAT PENGAJIAN  & HAFAZAN AL QURAN FURQAN,  NO.5A, JALAN IKS BK 1, TAMAN IKS BUKIT KATIL, 75450 MELAKA, MELAKA. TEL: 06-852 3016. WHATSAPP 011-5657 3845

bottom of page