top of page
sketchup pphaf 2.jpg

WAQAF PEMBELIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH

Pusat Pengajian Hafazan Al Quran Furqan bercadang untuk memohon kepada individu, syarikat swasta atau badan kerajaan untuk mewakafkan sebidang tanah yang berkeluasan 3 atau 6 ekar untuk dibangunkan sebuah sekolah tahfiz audio yang pertama di Melaka.

Bermula dengan pengajian sekolah  tadika pra tahfiz 5-6 tahun dan di lanjutkan sekolah rendah tahfiz diniyyah darjah 1-6 yang mampu menempatkan 13 buah kelas dan setiap kelas hanya menampung 25-30 orang pelajar sahaja. Untuk perkembangan dan pembangunan, dewan serbaguna akan di bina untuk tujuan kegunaan pihak sekolah dan orang ramai .  

Dewan orang ramai boleh di manfaatkan untuk pelbagai aktiviti masyarakat seperti majlis keramaian dan sebagainya. pendapatan dari dewan membantu menambah dana sekolah bagi menampung kos aktiviti dan prasarana sekolah. cadangan untuk membina sebuah bangunan berasrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal jauh dari sekolah.

iStock_washing_toys_Large_1024x1024.jpg
DEWAN SERBAGUNA.jpg
HOSTEL.jpg

Aktiviti sukan yang di cadangkan untuk para pelajar adalah seperti memanah, berkuda, berenang dan juga sukan-sukan yang lain. Lapang sasar memanah dan akititi berkuda juga akan dibina di atas tapak yang sama. untuk aktiviti berenang pula sebuah dewan renang tertutup akan di bina untuk mengasingkan antara lelaki dan perempuan. 

maxresdefault (1).jpg
depositphotos_18301637-stock-photo-lane-
26e61c9a916a46ed4e4ae33be31ad28d-e153501
ROBOTIC_edited_edited.png

Selain itu juga 4 buah kelas untuk makmal teknologi komputer juga akan di bina atas tanah tersebut. Tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan awal tentang teknologi komputer, robotik, art and design, membaik pulih komputer, dan mencipta aplikasi yang dapat membangunkan dan memartabatkan lagi teknologi seperti mana yang di sarankan dalam agama islam kita sendiri. 

Kos pemilikan tanah dan pembinaan sekolah masih lagi dalam proses perbincangan, dan sumbangan dari Dato,Datin,Tuan & Puan amat kami perlukan. memandangkan di negeri melaka sekolah tahfiz amat terhad dan permintaan ibubapa untuk memasukkan anak-anak ke sekolah rendah tahfiz amat tinggi selain dari 7 buah sekolah rendah kerajaan di bawah Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM). 

​

Sumbangan anda amat berharga untuk kita sama-sama membangunkan perintis tahfiz yang moden dan mengikuti peredaran zaman. Anggaran kasar mungkin melebihi RM10,000,000.00 untuk melengkapkan frasarana tersebut.

Pembayaran melalui cek / kiriman wang / wang pos /  bank draft. Secara Auto debit / pindahan bank online. cek/kiriman wang /wang pos / bank draft hendaklah ditulis atas nama PUSAT PENGAJIAN  & HAFAZAN AL QURAN FURQAN dan di alamatkan kepada:

​​

PUSAT PENGAJIAN  & HAFAZAN AL QURAN FURQAN,  NO.5A, JALAN IKS BK 1, TAMAN IKS BUKIT KATIL, 75450 MELAKA, MELAKA. TEL: 06-852 3016. WHATSAPP 011-5657 3845

bottom of page